11 Januari 2024, Khamis – Sudut bacaan yang dikenali sebagai IQRA’ CORNER merupakan ruang yang disediakan atau sudut kosong yang dapat di manafaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa dan santai bagi menyemarakkan budaya membaca. IQRA’ CORNER merupakan salah satu inisiatif di bawah program Read@UiTM.

Oleh itu, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah merealisasikan inisiatif ini dengan meletakkan buku-buku yang terdiri dari pelbagai genre seperti motivasi, kepimpinan, agama, novel dan lain-lain ke setiap Bahagian/Unit yang telah dipilih. Sambutan baik diterima apabila setiap Bahagian/ Unit yang terlibat telah menyediakan sudut IQRA’ CORNER ini sebagai menyokong galakan membaca dikalangan staf mahupun pelajar. Sebanyak 349 naskah buku telah dipinjamkan secara bulk loan melibatkan 7 Bahagian/Unit.

Inisiatif ini merupakan transformasi dan lonjakan perkhidmatan sebagai salah satu penambahbaikan kemudahan bagi menyediakan ruang bacaan kepada pengguna, terutama di Bahagian/Unit yang terlibat.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk mencapai obnjektif berikut :
i. Mewujudkan satu sudut bacaan di lokasi strategik dengan dilengkapi kemudahan dan koleksi bahan bacaan di Bahagian/Unit/Fakulti
ii. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan.
iii. Menggalakkan penyertaan semua warga UiTM Cawangan Melaka terhadap kempen galakan membaca
iv. Menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.

Diharapkan dengan pengwujudan sudut bacaan ini dapat menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *