16 Januari 2024 – Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan program “Speed Read” kepada dua orang pelajar latihan industri iaitu Encik Muhammad Azrin Bin Arba’e daripada UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana dan Cik Irdina Syahirah Binti Ahmad Samsuri daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Program yang dijalankan selama dua jam ini telah membantu perserta untuk melatih kemahiran membca secara pantas. Beberapa set latihan juga turut diberikan kepada peserta sepanjang program ini berjalan. Program yang telah disampaikan oleh Pustakawan Encik Aizu Hakimi Bin Mohd Adnan ini bertujuan juga untuk membantu mempersiapkan pelajar latihan industri untuk bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu salah satunyanya ialah membaca secara pantas.

Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang agar  bakal-bakal graduan yang dihasilkan oleh UiTM adalah berkualiti dan dapat memberi impak kepada apa-apa sahaja bidang yang diceburi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *