16 Disember 2023, Sabtu – Kemeriahan program EXPLOREAD @PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Projek yang telah di rancang oleh Pelajar Latihan Industri, merangkap Ketua Projek iaitu Saudara Muhd Faiz Arief Jamaluddin beserta pasukan, juga bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej berjaya direalisasikan. Program ini telah diselia oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan dan Puan Sariah Che’Man, Pembantu Pustakawan Tertinggi.

Seramai 10 kumpulan telah menyertai aktiviti yang disediakan dalam program ini. Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti :

Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan check point pertama di Dewan Bendahara, Gelanggang Bola dan berakhir di PTAR.

1. Mobile Library

2. Find Book

3. Queen Dodgeball

4. Netball Shoot

5. Selfie Challenge

6. Creative Bookmarks

7. Speed Quiz Game

8. Telepathy Game

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk :

1. Meningkatkan semangat kerjasama dan team building, di mana melibatkan aktiviti-aktiviti luar ruangan yang memerlukan kerjasama dan kolaborasi antara ahli pasukan

2. Menggalakkan pemecahan masalah dan kreativiti kerana melibatkan cabaran-cabaran yang memerlukan pemecahan masalah secara kreatif

3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengakses buku-buku pelbagai genre yang disediakan di Mobile Library

4. Menggalakkan pelajar pinjam dan baca buku dengan menyediakan konsep perpustakaan bergerak di Mobile Library.

Ucapan penutup dan rumusan program telah disampaikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.

Kemuncak penyampaian hadiah adalah kepada pemenang keseluruhan EXPLOREAD :

1. Kumpulan Power Puff Girls

2. Kumpulan Tun Hamzah

3. Kumpulan Nunani

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *