16 Disember 2023, Sabtu – Kemeriahan program EXPLOREAD @PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Projek yang telah di rancang oleh Pelajar Latihan Industri, merangkap Ketua Projek iaitu Saudara Muhd Faiz Arief Jamaluddin beserta pasukan, juga bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej berjaya direalisasikan. Program ini telah diselia oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan dan Puan Sariah Che’Man, Pembantu Pustakawan Tertinggi.Seramai 10 kumpulan telah menyertai aktiviti yang disediakan dalam program ini. Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti :

1. Mobile Library

2. Find Book

3. Queen Dodgeball

4. Netball Shoot

5. Selfie Challenge

6. Creative Bookmarks

7. Speed Quiz Game

8. Telepathy Game

Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan check point pertama di Dewan Bendahara, Gelanggang Bola dan berakhir di PTAR.

Bagi aktiviti Mobile Library, sebanyak 528 naskah pinjaman buku telah dipinjam oleh para peserta. Dalam aktiviti Mobile Library ini juga, pihak PTAR menyediakan Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak Berkumpulan dengan hadiah wang tunai.

Antara objektif Mobile Library ini diadakan adalah untuk :

1. Menggalakkan pelajar dan staf UiTM Cawangan Melaka meminjam buku-buku Perpustakaan.

2. Memperkasa amalan membaca di kalangan warga UiTM Cawangan Melaka

3. Memupuk minat membaca di kalangan warga UiTM Cawangan Melaka dengan menyediakan konsep perpustakaan bergerakf

4. Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengakses buku-buku pelbagai genre yang disediakan di Mobile Library

5. Menggalakkan pelajar pinjam dan baca buku dengan menyediakan konsep perpustakaan bergerak di Mobile Library

Tahniah diucapkan kepada pemenang Pinjaman Buku Terbannyak (Berkumpulan) :

1. Kumpulan Wonderpet

2. Kumpulan Powerpuff Girls

3. Kumpulan Nunani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *