28 Disember 2023 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melaksanakan Program Speed Reading Workshop yang dibuka kepada para pengguna perpustakaan yang berminat. Pelaksanaan Siri ke 12 ini telah berjaya dilaksanakan melibatkan 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Kedah dan telah disampaikan oleh Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan selaku instruktor Program Speed Reading.

Sesi yang dijalankan selama 2 jam dimana para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan teknik bacaan pantas dan dan peluang kepada para peserta untuk mengetahui dan mempelajari teknik bacaan pantas bagi meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta menggalakkan aktiviti pembacaan kepada warga UiTM. Perkongsian dan penerangan mengenai asas tip-tip bacaan pantas telah menarik minat daripada peserta yang hadir dengan pelbagai jenis aktiviti yang menguji tahap pembacaan pantas setiap peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *