13 Disember 2023 (Rabu) – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM Cawangan Kedah telah berjaya menjalankan program Mobile Library sempena program Fun Fun Fest 2023 anjuran Economics Society Club (ECS) dan Interbiz Club. Program ini telah dijalankan di Courtyard HEA, UiTM Cawangan Kedah selama 2 jam yang bermula pada 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan warga kampus dengan membuat pinjaman bahan bacaan yang dibawa dari perpustakaan di samping memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan.

Pihak perpustakaan telah menerima sambutan yang begitu memberangsangkan dari kalangan pengunjung yang terlibat dengan menyertai aktiviti yang disediakan serta membuat pinjaman buku. Antara perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung ialah perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku, semakan maklumat am perpustakaan, konsultasi perkhidmatan perpustakaan digital dan pameran dari pihak Arkib Universiti. Para pengunjung juga diperkenalkan dengan PTAR Mobile Apps yang boleh dimuat turun di peranti masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *