Program Skill-Up the Languages: Read2Lead adalah program yang diadakan sempena Minggu Bahasa SMK Pangkat Meleret pada 25 hingga 29 September 2022. Program ini merupakan kerjasama antara pihak Perpustakaan Tengku Anis (PTA), Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan Panitia Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Pangkal Meleret.

Pihak PTA  sangat berbesar hati dijemput untuk turut serta di dalam pengisian program Minggu Bahasa kerana program khidmat masyarakat sebegini merupakan saluran untuk pihak PTA menyalurkan khidmat bakti dalam pelbagai bentuk supaya tidak lagi terkepompong dengan stigma perpustakaan akademik hanya untuk warga universiti sahaja .

Antara aktiviti yang dilakukan di bawah program tersebut adalah ‘English Talk’ dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTMCK, Pinjaman ‘Bulk Loan’ dan ‘Blind Date with a Book & Review’. Ketiga-tiga aktiviti ini dilakukan pada hari yang sama iaitu pada 26 September 2022 (Isnin). Aktiviti ‘English Talk’ disampaikan oleh Puan Nor Syamimi Iliani Che Hassan, Pensyarah Kanan APB selama 2 jam dan semua murid sekolah terlibat bagi aktiviti ini.

Bagi Pinjaman ‘Bulk Loan’, PTA telah meminjamkan sebanyak 301 buah buku kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) Luqman Al-Hakim, SMK Pangkal Meleret dan diharapkan inisiatif ini dapat menarik minat murid-murid untuk membaca buku dan memupuk amalan membaca. Penyerahan buku pinjaman ‘Bulk Loan’ kepada pihak sekolah dilakukan oleh Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA dan diterima oleh Encik Alwi Azrai, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pangkal Meleret.

Aktiviti seterusnya adalah ‘Blind Date with a Book & Review’ yang melibatkan 5 buah kelas sahaja dimana mereka akan memilih buku yang telah dibalut tanpa mengetahui tajuk buku tersebut. Mereka akan membaca buku yang telah dipilih dan membaca selama 10 minit, kemudian membuat ulasan. Aktiviti ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada murid sekolah serta guru yang turut menyertai membuat ulasan.

Pihak Perpustakaan Tengku Anis (PTA) mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMK Pangkal Meleret di atas jemputan kerjasama bagi menganjurkan beberapa program sepanjang Minggu Bahasa berlangsung. Pihak PTA juga akan terus menyokong serta bersedia untuk berkerjasama bagi program serta aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah pada masa akan datang. Semoga ukhuwah yang dibentuk antara PTA dan sekolah akan terus berkekalan. Selamat maju jaya kami ucapkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *