28 September 2022, Rabu – Perpustakaan Tengku Anis dengan kerjasama Jawatankuasa Unit Latihan dan Kepimpinan (ILD) dan Unit Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan Bengkel ‘Research and Library Skill for Junior Lecturers. Bengkel ini diadakan secara atas talian menerusi platform Cisco Webex bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Bengkel ini terbuka kepada semua pensyarah dan diwajibkan kepada pensyarah yang berkhidmat kurang daripada 5 tahun daripada semua cawangan UiTM. Antara modul yang dikongsikan daripada para pustakawan yang terlibat adalah:

  1. PTAR Digital Library – Pn Norfitriah Mat Seman
  2. Online Database For Literature Search & Publication Prime System – Dr. Muslim Ismail
  3. PTAR E-Book – Pn Nordelina Zulkarnain
  4. Library Management Software (Mendeley) – Pn Rosmariyati Ab Rahman

Diharapkan agar bengkel ini dapat membantu para pensyarah mengetahui sedikit sebanyak mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan dan menggunakannya di dalam pengajaran mereka di samping membantu perpustakaan untuk meningkatkan petunjuk prestasi yang perlu dicapai.

Pautan rakaman bengkel: https://youtu.be/tZqaTGfnCh0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *