Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah menyertai dan mengambil bahagian dalam pertandingan hiasan bahagian bagi Pertandingan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia UiTMCK 2022 yang dianjurkan oleh UiTMCK. Pada 11 September 2022 (Ahad), penilaian telah dijalankan ke setiap bahagian yang menyertai pertandingan tersebut termasuklah PTA.

Penilaian pertandingan mengambil kira beberapa aspek seperti berikut :
1. Aspek Kemerdekaan & Hari Malaysia
2. Aspek Kreativiti & Kerjasama
3. Aspek Mesra Alam
4. Aspek Daya Tarikan
5. Aspek Nilai Tambah

Terima kasih diucapkan kepada semua staf PTA yang bersama-sama berganding bahu dan memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa kerja-kerja menghias bahagian dijalankan. Semoga kemenangan berpihak kepada bahagian perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *