Tarikh : 13 November 2019
Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari,UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 13 November 2019 telah berlangsungnya pameran Read@Uni dan jualan buku di Perpustakaan Al-Bukhari. Pameran yang berlangsung selama sebulan ini diadakan di ruang legar perpustakaan. Pameran buku adalah daripada koleksi perpustakaan yang dipilih berdasarkan koleksi bacaan umum bertujuan untuk mempromosikan bahan bacaan yang ada di perpustakaan. Manakala jualan buku merupakan koleksi daripada syarikat Nur El Hikmah dan Akademi Bonda Nor bertujuan untuk memudahkan pembaca mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti dan seterusnya menggalakkan budaya membaca. Pameran infografik berkaitan Read@Uni juga dipamerkan kepada pengunjung bertujuan memberi kefahaman kepada pengunjung berkaitan Read@Uni yang sedang dipromosikan di seluruh negara. Pameran dan jualan membabitkan sejumlah 150 naskah bahan bacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *