Tarikh : 13 November 2019
Masa: 10.00 pagi – 4.00 tengah hari
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 13 November 2019 telah berlangsungnya pertandingan Baca Betul-Betul Ya (Baca dan Tulis Jawi) yang berlangsung di Perpustakaan Al-Bukhari. Pertandingan yang dilangsungkan selama 3 hari itu berjaya mencungkil bakat para pelajar dalam penulisan jawi kaligrafi. Peserta akan diberi bahan bacaan dalam tulisan jawi untuk dibaca bertujuan untuk mendidik mereka pentingnya memahami tulisan jawi yang digunakan orang Melayu zaman dahulu. Peserta kemudian diberi slogan dalam tulisan rumi dan perlu ditulis dalam tulisan jawi kaligrafi bagi mengembalikan zaman kegemilangan tulisan jawi pada suatu ketika dahulu yang banyak digunakan dalam dokumen penting. Peserta telah dinilai oleh Ustaz Faridzul dari Unit Hal Ehwal Islam. Seramai 3 pemenang dipilih berdasarkan kualiti bacaan dan penulisan. Penyertaan adalah seramai 39 orang pelajar sepanjang 3 hari pertandingan berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *