Tarikh : 12 – 14 November 2019
Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Sekitar Kolej, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Perpustakaan Al-Bukhari telah menggerakkan Program Library Outreach dengan slogan Library Day Out : We’re Here For You. Lokasi pertama program adalah di kafeteria Kolej Tok Gajah yang mensasarkan tempat tumpuan pelajar. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk membawa koleksi perpustakaan terus kepada pengguna seterusnya meningkatkan peminjaman bahan. Ini juga menjadi saluran untuk menguar-uarkan maklumat perkhidmatan terkini dan program yang sedang dan akan berlangsung di PAB. Disamping itu, maklum balas daripada pengguna bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan turut diterima. Lebih dari 70 orang pelajar yang hadir memeriahkan program kali ini dengan membuat pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *