Tarikh : 04 Disember 2019
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Starcor PTA

Program yang diadakan di PTA Starcor bertujuan untuk mengajak semua warga UiTM Cawangan Kelantan untuk bersama-sama memupuk minat membaca berlandaskan Al Quran.

Program ini telah dihadiri oleh staf akademik dan juga non akademik serta pelajar seramai 60 orang.

Program ini dapat memupuk kesedaran mencintai ilmu duniawi dan ukhrawi serta menjadi platform komunikasi yang lebih santai dan menarik kepada orang ramai. Selain itu, hadirin juga dapat memberikan idea, menyuarakan pandangan dan bertanyakan soalan terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan, di samping mempromosi perkhidmatan perpustakaan kepada warga universiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *