Pada 6 September 2024, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan UniFit PTAR KAG: Program Kecergasan dan Kesihatan. Program ini direka khas untuk memberikan kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan secara menyeluruh, termasuk aspek mental, fizikal, emosi, dan spiritual.
Memberi pendedahan menyeluruh kepada para staf mengenai kepentingan kesihatan dalam menghadapi cabaran hidup.
Menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif, bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi.
Menyediakan ruang bagi staf untuk merehatkan minda dan mengukuhkan aspek spiritual mereka sebagai cara untuk meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan.
Dengan tema yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan yang holistik, program ini dijangka dapat membantu para staf menjadi lebih produktif dan positif dalam menjalankan tugas harian, selain mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti hidup.
Program ini menjadi salah satu inisiatif penting untuk mengajak komuniti PTAR UiTM Melaka untuk bersama-sama menyokong amalan hidup sihat dan mencipta budaya kerja yang lebih harmoni dan sejahtera.
5 September 2024, Khamis – Jawatankuasa Perwakilan Zon C dengan kerjasama Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar Zon C serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Program Pra Transformasi Perpustakaan di Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Lendu.
Shah Alam, 5 September 2024- Perpustaakaan Tun Abduk Razak Kejuruteraan telah mengadakan sebuah program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang telah berlangsung di Malaysia Institute of Transport (MITRANS) pada 5 September 2024. Program ini telah berlangsung selama dua jam yakni bermula dari 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 10 orang kakitangan MITRANS dan 10 orang staf PTAR Kejuruteraan.
Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kejuruteraan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memudahkan akses kepada sumber perpustakaan dan memperkasakan budaya ilmu dalam kalangan warga universiti dan komuniti sekitar. Antara manfaat yang diperolehi dari program ini adalah:
Memupuk Budaya Ilmu dalam Komuniti Tema "Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa," program ini adalah bertujuan menyemarakkan minat membaca dan budaya ilmu, bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga komuniti sekitar.
Meningkatkan Kesedaran Mengenai Perkhidmatan Perpustakaan Pengunjung dapat mengenali pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan, termasuk perkhidmatan digital dan semakan maklumat serta fungsi sebenar sebuah perpustakaan.
Menggalakkan Interaksi dan Kolaborasi Ia jugamembuka ruang untuk peserta berinteraksi dengan staf perpustakaan dan sesama peserta, mewujudkan jaringan yang bermanfaat dalam perkongsian ilmu.
Program ini adalah langkah proaktif dalam menyokong misi universiti untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.
5 September 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan bengkel asas penjilidan kepada Information Resource Centre (IRC) Universiti Teknologi Petronas (UTP). Bengkel ini telah berlangsung pada 15 Ogos 2024 bertempat di Bilik Unit Pemuliharaan Bahan PTAR Perak yang dikendalikan oleh Encik Mohd Eaddy Masrizun bin Nayan, Pembantu Pustakawan Kanan dan dibantu oleh Encik Mohamad Rafizudin bin Zainuddin, Pembantu Pustakawan. Seramai 3 orang wakil dari UTP hadir iaitu Puan Norhayati Abdul Rais dan dua orang staf IRC UTP.
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk melengkapkan kakitangan UTP dengan kemahiran dan pengetahuan penting yang diperlukan untuk memulihara dan membaiki buku-buku berharga. Latihan ini bertujuan untuk memastikan ketahanan dan kebolehgunaan sumber ini serta membolehkannya dikekalkan untuk jangka masa yang panjang. Pelbagai modul pemuliharaan diperkenalkan semasa bengkel berlangsung.
Modul 1: Asas Pemuliharaan Bahan
Modul 2: Bengkel Hands-On - Teknik Pembaikan
Modul 3: Teknik Pemuliharaan Lanjutan
Modul 4: Strategi Pemeliharaan dan Amalan Terbaik
Secara keseluruhannya bengkel ini berjaya memberikan pendedahan dan pengalaman yang amat berguna kepada para peserta. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi staf IRC UTP dapat mempratikkan teknik-teknik pemuliharaan yang dipelajari bagi memelihara bahan-bahan ilmiah di perpustakaan mereka. PTAR berharap agar ilmu yang dikongsi melalui bengkel ini dapat memberi manafaat kepada kakitangan IRC UTP khususnya dalam usaha memulihara bahan-bahan ilmiah
Program Penglibatan Budaya Antarabangsa Bersama Pelajar Sekitar Dungun
Pada 4 September 2024, bertempat di Dungun, Terengganu, berlangsungnya satu program menarik, International Cultural Engagement Program yang berjaya melibatkan lebih 200 orang pelajar sekolah sekitar daerah tersebut. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang, dengan pelbagai aktiviti berinformasi dan interaktif antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa.
Lebih menarik lagi, program ini turut disertai oleh wakil pelajar antarabangsa dari pelbagai negara, termasuk 4 pelajar dari Gunma University, Jepun, 6 pelajar dari Universitas Islam Negeri (UIN) Salatiga, Indonesia, dan 2 pelajar latihan industri dari UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok. Mereka berkongsi tentang budaya, tradisi, dan keunikan negara masing-masing dalam sesi perkongsian dan soal jawab yang diadakan.
Selain sesi interaksi, terdapat juga pameran kebudayaan yang memperkenalkan pelbagai elemen istimewa yang mewakili negara masing-masing. Program ini bertujuan untuk memperkaya pengetahuan pelajar tempatan mengenai kepelbagaian budaya dunia, sambil memupuk persefahaman antara kaum dan negara.
Program seperti ini sangat penting dalam usaha memperluas perspektif pelajar tentang dunia global yang lebih terbuka. Dengan penglibatan pelajar antarabangsa, mereka bukan sahaja mendapat pendedahan baru, malah berpeluang bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman yang tidak ternilai.
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Siri Bicara Tokoh Pemikir dan Pemimpin Melayu: “Institusi Raja-Raja Melayu – Peranan dan Sumbangan Dalam Pembentukan Identiti Kebangsaan Malaysia” serta Pameran Keris dan Senjata Melayu.
Program ini telah berlangsung pada 30 Ogos 2024 bertempat di ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang pada jam 8.30 pagi. Ianya bertujuan untuk mengukuhkan identiti nasional melalui pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan dan sumbangan Raja-raja Melayu. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Sr Dr. Ismail Bin Ma’arof, Panel Pakar & Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM. Turut berlangsung sepanjang program ini adalah Pameran Keris dan Senjata Melayu. Lebih 50 keris dan senjata melayu daripada koleksi peribadi Encik Muhammad Shakir Zulkafli, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan telah dipamerkan bagi memelihara warisan dan menonjolkan keris sebagai penanda budaya alam Melayu.
26 Ogos 2024 |21 Safar 1446H (Isnin)– Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Pahang yang diketuai oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Bin Wan Abdul Rahman (Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri) dan Ir. Ts. Zulkifli Bin Azamuddin (Timbalan Ketua Jurutera) bersama lima pegawai eksekutif (JKEN) UiTM Cawangan Pahang sekitar jam 4.40 petang.
Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh, PM. Ts. ChM Dr. Mohammad Isa Mohamadin (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Sarawak, En. Mohamad Hasimi Abdullah (Timbalan Pendaftar Kanan) bersama ahli jawatankuasa JKEN UiTM Cawangan Sarawak dan staf yang bertugas iaitu Pn.Masanti Musino (Pembantu Pustakawan Kanan).
Pengurusan PTAR merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Pahang diatas kesudian mengunjungi Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak.
Program SPEED READING @ UNIT LADANG: Meningkatkan Kemahiran Membaca Kakitangan UiTM Cawangan Perlis
Perlis, 29 Ogos 2024 – Satu program SPEED READING telah diadakan di Makmal Komputer PDJH2, UiTM Cawangan Perlis pada hari Khamis yang lalu, bermula dari jam 2:30 hingga 4:30 petang. Program ini dihadiri oleh seramai 26 orang kakitangan dari Unit Ladang dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca melalui teknik bacaan pantas.
Penceramah bagi program ini, En. Khairil Izwan Hasan, Pustakawan PDJH, telah memimpin sesi pengenalan dan teknik bacaan pantas. Dalam program ini, peserta diberi peluang untuk menguji kelajuan membaca mereka melalui ujian kelajuan serta sesi praktikal bacaan pantas.
Selain itu, program ini juga mengandungi kuiz dan penyampaian hadiah bagi pemenang, yang bertujuan untuk memupuk semangat bersaing di kalangan peserta. Fasilitator program ini terdiri daripada Pn. Nur Farahanim Abdull Jamal, Pn. Siti Nur Shuhada Hairol Nizam, En Muhammad Nasrul Naim Haslin, dan En Asneezam Ahmad.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik bacaan pantas, meningkatkan keyakinan diri ketika membaca, serta menggalakkan minat membaca di kalangan peserta. Di samping itu, program ini bertujuan untuk membina kompetensi pembacaan dan mengesan kelajuan bacaan peserta berdasarkan kadar perkataan per minit.
Program SPEED READING diharapkan dapat memberi impak positif kepada kakitangan Unit Ladang dalam meningkatkan kemahiran membaca serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan mereka.
Tarikh : 26 Ogos 2024,Isnin Masa : 8.00 – 12.30 Tengah hari Tempat: Sekolah Kebangsaan Seberang Dungun, Terengganu. Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Dengan kerjasama: Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Terengganu, Kelab Akademik UiTM Cawangan Terengganu & Pusat Tuisyen Al-Fateh Mumtaz
Objektif program:
Mewujudkan semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap individu perpustakaan sebagai penganjur dan komuniti pelajar Sek. Keb. Seberang, Dungun, Terengganu, sempena Bulan Kemerdekaan.
Memupuk dan menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui penganjuran aktiviti yang dijalankan bersama komuniti setempat.
Memenuhi KPI 5 Perpustakaan UiTM: Bilangan Penyertaan Program Budaya llmu di bawah sasaran Kerjasama Komuniti Perpustakaan sempena bulan kemerdekaan.
Memenuhi PI075 dan PI078 ‘University Social Responsibility (USR)’ dalam usaha menyantuni komuniti setempat.
Ringkasan:
Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan Ogos 2024, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah mengadakan Program Merdekarya UiTMCT Bersama Komuniti Sek. Keb. Seberang Dungun (SEPINTAS), Terengganu. Program ini merupakan program khidmat komuniti yang melibatkan staf Perpustakaan Cendekiawan dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTMCT , Kelab Akademik UiTM Terengganu, Pusat Tuisyen Al- Fateh Mumtaz bersama warga Sekolah Kebangsaan Seberang, Dungun, Terengganu.
SEPINTAS, yang julung kalinya menerima kedatangan delegasi UiTMCT, sangat berbesar hati menerima kunjungan kami pihak penganjur program dengan penglibatan dan komitmen yang menyeluruh daripada semua pelajar dan pihak pengurusan sekolah di sepanjang program dengan penyertaan seramai 450 orang pelajar termasuk guru-guru sekolah.
Pelbagai pengisian yang berlangsung serentak bermula dengan sesi nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang sebelum masing-masing bergerak ke lokasi aktiviti yang ditetapkan. Terdapat enam pengisian program berlangsung yang mensasarkan semua lapisan pelajar dari setiap kelas, termasuk pelajar Pra-Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Perincian pengisian adalah seperti berikut:-
Sesi Menandatangani Sijil Jaringan Kolaboratif Strategik Melibatkan En. Shahrol Nizam bin Johol, Timbalan Ketua Pustakawan UiTMCT, dan Cikgu Azman bin Abdullah, Guru Besar SK Seberang Dungun.
Pengisian 1: Saya Anak Malaysia “Saya Anak Malaysia” merupakan aktiviti Pertandingan Mewarna Jiwa Merdeka melibatkan pelajar Pra-Sekolah dan juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Seberang Dungun. Bertempat di kelas Pra-Sekolah dan Ruang NILAM dengan penglibatan seramai 49 orang pelajar Pra-Sekolah serta 13 orang pelajar PPKI.
Pengisian 2: Membaca Jambatan Ilmu Aktiviti ini melibatkan resensi buku yang diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dalam melontarkan pendapat di khalayak, dan memupuk amalan membaca. Setiap pelajar diberikan tugasan untuk meneliti karya dalam bentuk cerita yang terkandung dalam buku cerita yang diberikan.Penglibatan seramai 30 orang pelajar Tahun 3, 4 dan 5 telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah.
Pengisian 3: Ekspresi Merdeka Pihak perpustakaan bersama Nemo TV Pusat Sumber Sekolah mengadakan temuramah merakamkan ekspresi erti kemerdekaan bagi warga SEPINTAS. Ianya diterbitkan di platform TikTok Perpustakaan UiTMCT dan di Youtube Nemo TV PSS.
Pengisian 4: Warnai Jalur Gemilang Ianya merupakan pengisian utama bersempena dengan Program Merdekarya Perpustakaan UiTMCT bersama komuniti ini. Diadakan di Dewan Terbuka SK Seberang, seramai 200 orang pelajar dan guru SK Seberang bergiilir-gilir mewarna 8 unit bendera Malaysia ini bermula pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Turut serta menyertai program ini ialah wakil daripada PIBG SK Seberang Dungun, Kelab Akademik UiTM Cawangan Terengganu, serta Pengarah Pusat Tuisyen Al Fateh Mumtaz.
Pengisian 5: Seni Terapi & Jati Diri (Art Theraphy) Sesi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTMCT dengan pengisian aktiviti seni terapi dan mengenali diri bertujuan untuk membantu para pelajar mengenali kekuatan diri sendiri, mengurangkan tekanan dan mengelakkan daripada terjadinya masalah kemurungan serta meningkatkan keyakinan diri untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Diadakan bertempat di Bilik Digital SK Seberang Dungun bermula 10.00 pagi hingga 11.40 pagi dengan penglibatan seramai 40 orang pelajar.
Pengisian 6: Semarak Jawi & Khat Merdeka Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan dan menyemarakkan lagi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar sekolah bersama para Guru KAFA yang dibawakan khas oleh Pusat Tuisyen Al Fateh Mumtaz. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan seni tulisan khat bertemakan kemerdekaan. Penglibatan seramai 40 orang pelajar diadakan di Bilik Sains selama 2 jam bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Majlis Penutup Program Merdekarya UiTMCT bersama Komuniti SEPINTAS
Gimik majlis penutup ialah dengan menyalakan suar berwarna bertemakan warna Jalur Gemilang.
Keseluruhan program ini mendapat maklumbalas yang positif daripada pelbagai pihak. Semoga setiap apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat.