- PTAR, Shah Alam
- News
- Hits: 3747
14 November 2019, Shah Alam: Penyampaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018 telah diadakan di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM pada 14 November 2019, (Khamis) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini telah dijayakan oleh Fakulti Sains Gunaan sebagai penganjur pada tahun ini yang bertemakan "Sains dan Teknologi Pemangkin Inovasi Global".
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM 2019 ini bukan sahaja menganugerahkan perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan UiTM malah mengumumkan juga beberapa anugerah seperti Anugerah Pentadbir Cemerlang, Anugerah Pemacu Global, Anugerah Integriti Universiti, Anugerah Kolej Cemerlang serta tidak ketinggalan Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2019.
Anugerah Kualiti Naib Canselor yang dikenali juga sebagai AKNC merupakan satu anugerah yang mengiktiraf pengurusan yang serius dalam membudayakan kualiti di dalam pengurusan masing-masing. Penganugerahan AKNC berdasarkan kepada mengikut bidang tumpuan, mengikut kriteria, pembentangan terbaik, kategori Kampus Negeri, kategori Fakulti, kategori Bahagian/Pusat/Unit dan seterusnya juara keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada pemenang pada tahun ini.
Tahniah & Syabas kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak kerana telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan dan beberapa Bidang Tumpuan dan Juara Keseluruhan bagi Bahagian & Unit.
Alhamdulilah Syabas & Tahniah warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menjadi Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2019 @VCUiTM @uitmofficial @inqka_uitm #AKNC2019 #libraryuitm #bulaninovasi2019 #uitmdihatiku #kitauitm pic.twitter.com/0BHOjB5faf
— Perpustakaan UiTM SA (@ptaruitm) November 15, 2019
Alhamdulilah Syabas & Tahniah warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menjadi Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2019 di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM 2019 @VCUiTM @uitmofficial #AKNC2019 #libraryuitm #bulaninovasi2019 #uitmdihatiku #kitauitm pic.twitter.com/wQTi76CRQb
— Perpustakaan UiTM SA (@ptaruitm) November 15, 2019
Sumber: https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2019/11/tahniah-syabas-kepada-perpustakaan-tun.html
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN READ@UNI
29 NOVEMBER 2018 / KHAMIS
2:00 PETANG – 5:30 PETANG
DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR (DATC) UiTM SHAH ALAM
Objektif penganjuran program ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga Institusi serta mewujudkan negara membaca pada tahun 2030.
Melalui Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.5/2018 pada 27 Jun 2018 telah memutuskan untuk menghidupkan kembali Kempen Membaca Kebangsaan bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020 bagi mewujudkan negara membaca pada tahun 2030.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk melaksanakan kempen Dekad Membaca Kebangsaan(DMK) 2021-2030 yang bertujuan mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai bangsa berilmu bertaraf dunia.
Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam telah mengambil inisiatif dan menyokong aspirasi ini, maka Program Read@Uni telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Objektif ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi.
Slogan "With Knowledge We Lead" diyakini akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan di kalangan kumpulan sasaran. Sehubungan itu, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta haruslah mengambil tindakan dan inisiatif untuk menggerakkan aktiviti galakan membaca bagi melahirkan warga yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu, seterusnya dapat merealisasikan agenda kerajaan untuk melahirkan masyarakat membaca menjelang tahun 2030. Kajian yang dilaksanakan pada tahun 2005 iaitu mengenai membaca menunjukkan jumlah bahan yang dibaca adalah sebanyak 10,310 buku oleh rakyat Malaysia.
Berdasarkan laporan tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun, berbanding hanya dua muka surat setahun. Mengikut dalam laporan yang dibuat pada tahun 1997 walaupun terdapat peningkatan minat yang agak tinggi, namun nilai ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju. (Senu Abdul Rahman, 2002)
Terdapat 5,150 orang penulis termasuk semua genre (akademik, kreatif & bukan kreatif, kartunis dan kewartawanan) tetapi Malaysia masih lagi tidak dapat mensasarkan penerbitan 7,000 buah buku setahun. (GAPENA, 2009)
Namun bagi kadar literasi penduduk Malaysia masih berada pada tahap 55 peratus dengan purata setiap rakyat hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun. (Datuk Nafisah Ahmad, 2017)
Dengan adanya program Read@Uni ini ianya akan membantu meningkatkan lagi budaya membaca dikalangan masyarakat negara Malaysia menjelang 2030.
KUALA LUMPUR, 6 Mei — Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah terpilih sebagai salah satu daripada tiga penerima Anugerah Perpustakaan Cemerlang Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bagi tahun 2009.
Menurut kenyataan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), anugerah tersebut dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Perpustakaan Besar, Perpustakaan Sederhana dan Perpustakaan Kecil.
Bagi kategori Perpustakaan Besar, pemenangnya ialah PTAR UiTM. Kategori Perpustakaan Sederhana dimenangi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), manakala kategori Perpustakaan Kecil dianugerahkan kepada Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Majlis penyampaian anugerah, yang diadakan dua tahun sekali sejak 2005, dijadual berlangsung pada Isnin depan di Auditorium Perpustakaan Negara, di sini. Penyampaian anugerah akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar.
Setiap pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000, sijil penghargaan, piala pusingan, dan piala iringan.
Penganugerahan ini bertujuan mengiktiraf peranan perpustakaan dalam membentuk masyarakat berilmu dan progresif, meningkatkan imej perpustakaan serta profesion kepustakawanan, di samping menilai perkembangan dan pencapaian pelbagai perpustakaan di Malaysia.



SHAH ALAM, 18 Mac 2010 — Universiti Teknologi MARA (UiTM) menubuhkan sebuah Sekretariat Pencegahan Rasuah bagi mendidik pelajar di peringkat pengajian tinggi supaya bersama-sama memerangi gejala rasuah.
Penubuhan sekretariat ini adalah hasil kerjasama tiga pihak, iaitu Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Persatuan Pentadbir UiTM, dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Menurut Pendaftar UiTM, Dr. Zahrah Mokhtar, inisiatif tiga penjuru ini merupakan langkah yang baik dalam meningkatkan integriti dan mencegah rasuah dalam kalangan masyarakat.
Beliau menegaskan bahawa nilai integriti perlu dipupuk dalam kalangan pelajar kerana ia merupakan maruah yang tidak boleh dijual, diwarisi atau ditukar ganti dengan wang ringgit. “Aspek integriti perlu ditonjolkan oleh warga UiTM, manakala pelajar harus mengamalkan sifat bersih, cekap dan jujur dalam diri masing-masing. Penularan rasuah dalam masyarakat akan memberikan kesan negatif kepada negara kerana ia merupakan manfaat yang bercanggah dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan sekretariat tersebut semalam.
Majlis perasmian turut dihadiri Pengarah SPRM Selangor, Datuk Ja’afar Mahad; Ketua Pustakawan PTAR, Haron Wee Ah Boo; serta kakitangan dan pelajar UiTM. Sekretariat ini merupakan yang kedua ditubuhkan selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini mendapati 35 peratus pelajar institusi pengajian tinggi bersedia menerima rasuah jika berpeluang.
Sementara itu, Datuk Ja’afar Mahad berharap program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan ketelusan dan integriti apabila memasuki alam pekerjaan kelak. “Kita perlu mengubah pemikiran masyarakat. Selepas itu, kita akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Penubuhan sekretariat SPRM ini diharapkan dapat memberi pendidikan berkesan dalam usaha pencegahan rasuah,” ujarnya.


Jabatan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services
+603 5544 3716 | Customer Services
+603 5544 3727 | Corporate Unit
korporatptar@uitm.edu.my