26 Jun 2026 | 12 Muharam 1448H : Webinar Perpustakaan Digital telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan Digital UiTM, khususnya penggunaan Sistem PERMATA, PERMATA Search serta akses kepada pelbagai koleksi e-resources, tesis digital, UiTM Institutional Repository, kertas peperiksaan dan koleksi digital lain.
Webinar ini turut memberi panduan kepada peserta tentang kaedah mendapatkan sumber maklumat elektronik secara lebih efektif serta menyediakan sesi soal jawab berkaitan penggunaan perkhidmatan perpustakaan digital. Secara keseluruhannya, program telah berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif dengan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta menggalakkan penggunaan sumber maklumat digital dalam kalangan warga universiti.
#UiTMdiHatiku
#MalaysiaMadani
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#ptarucs



