Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Telaah Resensi Buku : Mengapa Cangkerang Kura-kura Retak

Pasir Gudang, 24 Februari 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya Program Telaah Resensi Buku yang disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube rasmi UiTM Cawangan Johor.

Program wacana berilmiah ini telah mencatatkan sambutan yang amat menggalakkan dengan rekod tontonan dan penyertaan seramai 597 orang peserta secara atas talian.

Sesi perkongsian ilmu yang bermanfaat ini telah diserikan dengan kehadiran Dr. Suhana Mohamed, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Beliau yang juga merupakan penulis asal buku tersebut telah berkongsi cetusan idea dan inspirasi di sebalik penghasilan karyanya.

Majlis wacana ini telah dikemudi dengan penuh berwibawa dan lancar oleh Cik Nurhidayah Hani, Pensyarah UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang yang bertindak selaku moderator program.

Fokus utama wacana ilmiah pada kali ini adalah untuk membedah dan mengupas naskhah istimewa yang bertajuk 'Mengapa Cengkerang Kura-kura Retak'. Melalui kupasan tersebut, para peserta telah diberikan peluang untuk menyelami mesej tersirat, nilai pengajaran, dan pemikiran intelektual yang cuba disampaikan oleh penulis melalui penulisan beliau.

Penganjuran program seumpama ini dilihat mampu menyemarakkan lagi budaya membaca dan percambahan minda dalam kalangan warga universiti serta masyarakat umum, bertepatan dengan peranan PTDI sebagai pusat sumber ilmu dan maklumat yang unggul.




Tags: ,