Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
PTAR Melaka anjur Program Tadarus Al-Quran Sempena Ramadan 2026

PTAR Melaka anjur Program Tadarus Al-Quran Sempena Ramadan 2026

Melaka, 4 Mac 2026 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran Peringkat PTAR UiTM Cawangan Melaka sebagai salah satu pengisian rohani sempena bulan Ramadan.

Program ini akan berlangsung pada Rabu, 4 Mac 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi, bertempat di Sudut AZKA, PPZ PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program tadarus dibimbing oleh Ustaz Haji Saiful Anuar Mohamed Sani, Timbalan Pendaftar, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Melaka.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan Al-Quran, menggalakkan pengisian rohani yang berterusan serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga kampus. Inisiatif ini juga selari dengan peranan PTAR sebagai pusat ilmu yang menyokong pembangunan sahsiah dan kesejahteraan spiritual komuniti universiti.

Semua warga PTAR UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan Ramadan melalui penglibatan dalam program yang penuh keberkatan ini.

Tags: ,