Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Mengorak Langkah ke Arah Persekitaran Kondusif: EKSA, Gotong-Royong dan Inisiatif Ruang Seminar PTDI 2

Segamat, 3 Februari 2026 – Taklimat EKSA dan Gotong-Royong Perdana Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor serta persiapan mewujudkan Ruang Seminar PTDI 2 telah dilaksanakan bermula jam 8.10 pagi hingga 4.30 petang bertempat di PTDI 2.

Program ini menjadi platform penyatuan warga kerja dalam usaha memperkemas persekitaran organisasi agar lebih teratur, selamat dan mesra pelanggan selaras dengan aspirasi pembudayaan EKSA di peringkat jabatan.

Melalui pendekatan kerja berpasukan dan semangat kebersamaan, aktiviti gotong-royong yang dijalankan bukan sahaja memperindah ruang fizikal, malah menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan warga PTDI terhadap kebersihan dan kekemasan tempat kerja.

Selain itu, persiapan mewujudkan Ruang Seminar di PTDI 2 turut dilaksanakan sebagai langkah strategik ke arah menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa untuk pelajar serta warga kampus.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PTDI dalam memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang dinamik, inklusif dan relevan dengan keperluan semasa.

 

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,