Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

References Manager Software : Mendeley

03 Februari 2026 | 16 Syaaban 1447H : Program Reference Manager Software: Mendeley telah dilaksanakan pada 03 Februari 2026 jam 10.00 pagi secara dalam talian melalui Google Meet dengan penyertaan seramai 2,343 orang.

Program ini dikendalikan oleh Puan Nur Fatihah Binti Mohamad yang telah berkongsi pengetahuan berkaitan penggunaan perisian Mendeley dalam pengurusan rujukan dan penulisan akademik. Pelaksanaan program ini berjaya memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta dalam mengurus bahan rujukan secara lebih sistematik dan efisien. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kampus.

#UiTMdiHatiku
#MalaysiaMadani
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#ptarucs

Tags: ,