REMBAU, 2 April 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menganjurkan Program Penulisan Artikel: Dari Idea ke Artikel – Asas Penulisan Artikel Rencana "Idea yang tidak ditulis, akan hilang ditelan waktu" yang telah dihadiri oleh rakan-rakan staf perpustakaan dan dimeriahkan dengan kehadiran staf akademik dan staf bukan akademik.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan, Dr. Siti Nasarah Ismail, Pensyarah Kanan FKPM UiTM Kampus Rembau kerana telah berkongsi ilmu dengan kami. Program ini diadakan di Bilik Pandang Dengar, PTAR UiTM Kampus Rembau.
