PROGRAM LITERASI MAKLUMAT LIBATKAN SMK KUALA BESUT
Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) telah menganjurkan Program Literasi Maklumat bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Terengganu bertempat di Aras 1, PTA.
- SMK Kuala Besut students joined a UiTM library literacy program.
- They learned basic information searching and library resource use.
- The program improved their information literacy and learning skills.
Program yang berlangsung dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi ini melibatkan penyertaan lebih 100 orang pelajar bersama barisan pengurusan sekolah dan guru pengiring. Ia bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan literasi maklumat, kaedah pencarian sumber akademik yang sahih serta penggunaan kemudahan perpustakaan digital UiTM.
Sepanjang program, pelajar dibimbing oleh pustakawan PTA melalui sesi interaktif, demonstrasi carian maklumat serta pengenalan kepada pangkalan data akademik. Selain itu, pihak FSSR turut berkongsi kepakaran dalam aspek kreativiti dan reka bentuk sebagai nilai tambah kepada pelajar.
Menurut pihak penganjur, program ini bukan sahaja memperkasa kemahiran maklumat dalam kalangan pelajar sekolah menengah, malah turut menyokong aspirasi UiTM dalam melahirkan generasi celik maklumat yang berdaya saing dalam era digital.
Program berakhir dengan sesi lawatan ke ruang pembelajaran dan pameran di Perpustakaan Tengku Anis sebelum pelajar serta guru berangkat pulang ke Terengganu.
