Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Penolong Naib Canselor (Strategi) ke PTAR Kampus Rembau

REMBAU, 15 Ogos 2025 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Hajah Nor Hayati Saad, Penolong Naib Canselor (Strategi) bersama delegasi daripada Pejabat Transformasi Universiti (TRU) atas kesudian hadir ke UiTM Cawangan Negeri Sembilan sempena Siri Menelusuri Kampus UiTM Resonansi UiTM2030: Satu Kampus, Seribu Aspirasi pada 15 Ogos 2025.

Kunjungan YBrs. Prof. Ts. Dr. Hajah Nor Hayati Saad ke PTAR Kampus Rembau amat bermakna kerana bukan sahaja memberi sokongan, malah turut menyuntik semangat dalam mendukung aspirasi UiTM2030.

Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Hajah Nor Hayati Saad atas kesudian meluangkan masa bersama warga PTAR UiTM Kampus Rembau.

Tags: