Segamat, 3 Mac 2026 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor telah menganjurkan Program Telaah bertajuk Menguasai Pemasaran Digital: Strategi Kejayaan Perniagaan yang disiarkan secara langsung menerusi YouTube Rasmi Korporat Perpustakaan UiTM Johor.
Program ini menampilkan Dr. Noreen Noor Abd Aziz selaku panel wacana, manakala sesi dikendalikan oleh Cik Ainol Mardhiyah Rahmat sebagai moderator. Perbincangan memberi fokus kepada strategi pemasaran digital yang efektif, kepentingan penjenamaan dalam talian serta pendekatan praktikal dalam memperkukuh daya saing perniagaan di era digital.
Perkongsian yang disampaikan merangkumi aspek teori dan pengalaman sebenar penulis dalam bidang pemasaran digital, sekali gus memberikan nilai tambah serta panduan yang relevan kepada para peserta dan penonton.
Siaran langsung ini berjaya menarik seramai 1,344 penonton, membuktikan sambutan yang amat memberangsangkan terhadap program ilmiah secara dalam talian. Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif dalam memperkasa literasi digital dan menyokong budaya ilmu dalam kalangan warga kampus serta masyarakat umum.
Hebahan media sosial : media sosial
