Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Khidmat Masyarakat "Unity For Good"

Program Khidmat Masyarakat "Unity For Good"

7 JULAI 2025 | 11 MUHARRAM 1447H (ISNIN)
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "UNITY FOR GOOD"
 
Program Khidmat Masyarakat “Unity For Good” di Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) telah diadakan pada 6 Julai 2025 (Ahad) yang lalu. Program anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak kerjasama bersama Pewani UiTM Cawangan Sarawak dan pelajar HGD133 (Khidmat Masyarakat).
 
Matlamat utama program ini adalah untuk menyantuni dan menjalinkan silaturahim di kalangan pelajar PERYATIM dengan universiti. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian maklumat berkaitan Speed Reading yang disampaikan oleh Cik Dayang Azimah binti Abang Yusof, Pustakawan PTAR Samarahan 2 dan Pengenalan Ai yang disampaikan oleh En. Khairil Bahrom bin Rosli, Pustakawan PTAR kampus Samarahan 2. Selain itu, program lain adalah info hunt dan penyerahan sumbangan dari PEWANI UiTM Sarawak, Mira Cake House dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak.
 
Program telah dihadiri oleh 30 orang pelajar PERYATIM berumur 13 tahun hingga 17 tahun.
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.