Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Friday Food Sharing

Program Friday Food Sharing

JENGKA, 7 November 2025 – Program Friday Food Sharing telah berlangsung dengan penuh rasa tanggungjawab sosial di Perpustakaan Al-Bukhari, Kampus Jengka, sebagai salah satu inisiatif kebajikan untuk membantu pelajar yang memerlukan. Program ini dilaksanakan melalui sumbangan ikhlas warga staf UiTM yang digalakkan untuk berkongsi rezeki dengan menyediakan makanan pada setiap hari Jumaat.

Di bawah konsep “Take Me If You Really Need Me”, makanan yang disediakan ditempatkan di ruang khas perpustakaan untuk diambil secara percuma oleh pelajar yang memerlukan. Inisiatif ini bertujuan menyokong kesejahteraan pelajar, di samping memupuk nilai empati, keprihatinan dan budaya saling membantu dalam kalangan komuniti kampus.

Program ini diketuai oleh Hajah Rosnita binti Ja’afar, dan telah menerima sambutan positif daripada staf serta pelajar. Pelaksanaan Friday Food Sharing mencerminkan komitmen Perpustakaan Al-Bukhari dalam memperkukuh jaringan sokongan sosial serta mengangkat nilai kasih sayang, kebajikan dan kebersamaan dalam ekosistem pembelajaran universiti.

Tags: ,