16 Jun 2026 | 02 Muharam 1448H : Program Kempen Derma Darah Perdana telah diadakan pada 16 Jun 2026, dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Bilik Bacaan Luar dan Lobi, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Dengkil, dan telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan darah, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta membantu menambah bekalan darah negara. Antara pengisian yang dijalankan ialah pameran kesihatan, bicara kesihatan, saringan kesihatan dan derma darah. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan seramai 122 orang dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan melalui peningkatan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan pendermaan darah secara sukarela.
#UiTMdiHatiku
#MalaysiaMadani
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#ptarucs



