Library News

Program Alumni Talk 2025

12 Oktober 2025 – Program Alumni Talk 2025 anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Industry, Community and Alumni Network (ICAN) berakhir dengan penuh inspirasi selepas dua jam sesi perkongsian pengalaman antara alumni berjaya dan pelajar UiTM Cawangan Kedah. Program yang diadakan di ruang Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Sultan Badlishah, berlangsung dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, memberi peluang kepada pelajar untuk memahami realiti dunia kerjaya dan kepentingan kemahiran profesional selepas tamat pengajian.

Sesi perkongsian dari Encik Isma Khairil Fitri bin Ismail, Alumni UiTM

 

 

Sesi penutup program menampilkan perkongsian inspirasi oleh Encik Muhammad Ashyaraf bin Sulaiman, Alumni BBA International Business Tahun 2016 yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Baling. Dalam sesi bertajuk “Segalanya Bermula di Sini – Kampus Merbok”, beliau menekankan bagaimana pengalaman akademik dan sahsiah di kampus menjadi asas kukuh dalam membentuk keperibadian serta kerjaya dalam pentadbiran awam.

Sebelum itu, Sesi pertama, bertajuk “Dari Kampus ke Kerjaya: Perjalanan Selepas Graduasi”, menampilkan dua alumni Diploma Business Studies Tahun 2004, iaitu Encik Mohammad Khairul Nazri bin Ghazali (Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Pejabat Belanjawan Negara) dan Encik Isma Khairil Fitri bin Ismail (HOD Sales & Marketing, Selaman Sdn. Bhd). Kedua-dua panel berkongsi pandangan tentang kemahiran insaniah serta cabaran sebenar dunia pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Sesi-sesi ini dikendalikan oleh moderator Muhammad Nur Iman bin Johaime daripada Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar.

Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektifnya dalam memberi pendedahan kepada pelajar mengenai laluan kerjaya, meningkatkan motivasi serta memperkukuh hubungan antara alumni dan pelajar UiTM. Penganjuran seperti ini turut mencerminkan komitmen universiti dalam melahirkan graduan berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 164 orang pelajar.

Tags: ,