Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Must Borrow 10 Books Galakkan Budaya Membaca Warga UiTM Perlis

ARAU, PERLIS – Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH), UiTM Cawangan Perlis telah berjaya menganjurkan program Must Borrow 10 Books yang berlangsung sepanjang Disember 2025 bertempat di Lobi PDJH, bermula jam 8:30 hingga 9:30 pagi.

Program ini merupakan satu inisiatif berimpak tinggi yang bertujuan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan mahasiswa UiTM melalui aktiviti peminjaman bahan bacaan secara minimum serta pendedahan kepada sistem digital pembacaan terkini.

Antara pengisian utama program ini ialah Pameran Novel Popular yang menampilkan pelbagai koleksi bacaan menarik merangkumi genre fiksyen dan bukan fiksyen, selain Tutorial Penggunaan Modul MYREADING bagi membantu pelajar merekod serta mengurus bahan bacaan secara sistematik melalui sistem PERMATA AI.

Seramai 94 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini dengan memenuhi syarat penyertaan yang ditetapkan iaitu membuat sekurang-kurangnya 10 pinjaman buku, mengemaskini rekod bacaan dalam Modul PERMATA AI, serta melayakkan diri untuk menerima E-Merit sebagai pengiktirafan penyertaan.

Penganjuran program ini selari dengan objektif PDJH dalam:

  • Menggalakkan budaya membaca secara konsisten melalui peminjaman minimum sepuluh (10) bahan bacaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sistem PERMATA AI sebagai platform pemantauan dan rekod bacaan warga UiTM.
  • Menyokong pembelajaran kendiri berterusan melalui akses kepada bahan bacaan yang terancang dan sistematik.

Secara keseluruhannya, program Must Borrow 10 Books bukan sahaja berjaya meningkatkan kadar peminjaman bahan bacaan, malah turut memperkukuhkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pengurusan bacaan digital selaras dengan agenda pendigitalan dan pembudayaan ilmu di UiTM.

 

 

Tags: