Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

MENDELEY REFERENCE MANAGEMENT FOR RESEARCHER: BASIC SKILL

MENDELEY REFERENCE MANAGEMENT FOR RESEARCHER: BASIC SKILL

 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Jasin dengan kerjasama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Jasin akan menganjurkan Bengkel Mendeley Reference Management For Researcher: Basic Skills sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuh kemahiran pengurusan rujukan dan penulisan akademik dalam kalangan warga akademik.

 

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)

⏰ Masa: 10.00 pagi

💻 Pautan: (akan diberikan kemudian)

🎙️ Penceramah:

Ts. Dr. Muhamad Zahid bin Muhamad

Koordinator ICAN / Pensyarah Kanan

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi

Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Jasin

 

Bengkel ini akan memberikan pendedahan berkaitan penggunaan Mendeley sebagai platform pengurusan rujukan akademik, merangkumi pengurusan sumber ilmiah, penyediaan sitasi, pembentukan senarai rujukan serta pengurusan bahan rujukan secara lebih teratur dan efisien.

 

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat membantu para peserta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumber rujukan, seterusnya menyokong penghasilan penulisan akademik yang berkualiti, sistematik dan berintegriti.

 

Jom tingkatkan kemahiran pengurusan rujukan dan perkasa penulisan akademik bersama Mendeley!

 

Follow & Like Us:

PTAR Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

Facebook | Instagram | Twitter | Telegram

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka