Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Transformasi Kerja Digital Melalui Pendedahan Teknologi AI Generative

Segamat, 5 Februari 2026 – Kursus AI Generative telah berjaya dianjurkan di CGS Trading Room, PTDI 1 dengan penyertaan seramai 77 orang peserta.

Program dimulakan dengan kata aluan oleh Puan Mawar Noor binti Abdullah, Ketua Perpustakaan Cawangan Universiti Teknologi MARA Johor, yang menekankan kepentingan pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan secara beretika dan strategik dalam memperkasa produktiviti serta inovasi perkhidmatan perpustakaan.

Sesi perkongsian merangkumi aplikasi penjanaan teks menggunakan ChatGPT, Gemini dan NotebookLM yang disampaikan oleh Encik Ahmad Akmal bin Mohd Idris. Perkongsian diteruskan dengan demonstrasi penjanaan imej AI oleh Encik Muhammad Azhari bin Ja’afar serta penghasilan video AI oleh Encik Muhamad Faizul Azwan bin Jalil.

Sepanjang sesi yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, para peserta didedahkan dengan potensi sebenar teknologi AI generatif dalam mempercepatkan tugasan, meningkatkan kreativiti serta menyokong penyampaian maklumat yang lebih dinamik.

Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektif penganjuran dengan menyemai kefahaman baharu terhadap peranan AI sebagai pemangkin kecekapan kerja dan transformasi digital jabatan pada masa hadapan.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,