KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UiTM CAWANGAN KELANTAN SESI 2025/2026 KE PERPUSTAKAAN TENGKU ANIS
Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menerima kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 pada 25 November 2025 bertempat di Bilik Seminar PTA.
Kunjungan ini bertujuan memberi pendedahan kepada MPP mengenai perkhidmatan, kemudahan serta inisiatif digital perpustakaan. Sesi turut merangkumi taklimat ringkas, lawatan sekitar perpustakaan dan perbincangan ringkas mengenai potensi kerjasama pada masa hadapan.
Program berjalan lancar dan berjaya memperkukuh hubungan PTA–MPP, sekali gus membuka peluang kolaborasi bagi aktiviti berimpak kepada pelajar UiTM Cawangan Kelantan.
