BENGKEL SPEED READING (MODUL C)
Tarikh: 26 Mei 2025 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik IT2, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
Anjuran: Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak
Bengkel Speed Reading (Modul C) telah berjaya diadakan pada 26 Mei 2025 bertempat di Bilik IT2, PTAR UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Bengkel ini disasarkan kepada pelajar daripada program LG240: Applied Language Studies dan telah melibatkan penyertaan seramai 21 orang pelajar.
Bengkel ini telah disampaikan oleh dua orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak, iaitu Encik Akhimulah Azmi, Pembantu Pustakawan dan Encik Mohd Azhari bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan. Mereka turut dibantu oleh dua orang pelajar latihan industri iaitu Muhammad Aiman Iskandar Bin Zolfa dan Ahmad Arief Izzuddin Bin Ahmad Aziziddin (kedua-duanya daripada Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, UiTM Cawangan Kedah).
Sesi bengkel ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik membaca pantas yang dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran membaca secara efisien dan berkesan. Antara teknik yang diperkenalkan termasuk:
1. Kaedah fiksasi mata – mengawal pergerakan mata untuk meningkatkan kejelasan dan fokus semasa membaca
2. Penggunaan jari sebagai panduan membaca – untuk mengekalkan rentak pembacaan yang konsisten
3. Penggunaan kad indeks – bagi membantu fokus kepada satu baris teks pada satu masa
Selain penerangan teori, bengkel ini turut disertakan dengan latihan membaca dan kuiz interaktif bagi menguji kefahaman serta mengukuhkan pembelajaran peserta.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta. Diharapkan ilmu dan teknik yang dipelajari dapat dimanfaatkan oleh pelajar dalam pengajian mereka serta dalam amalan pembacaan harian.