Segamat, 23 Februari 2026 – Bengkel Pembangunan Aplikasi Standard Pengkatalogan RDA Perpustakaan UiTM telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di Bilik IT, PTDI 2 (Segamat) serta secara dalam talian melalui Google Meet bagi kampus Pasir Gudang. Seramai 29 orang staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor telah terlibat dalam bengkel ini.
Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Puan Siti Rozana binti Mat Sanat dan Cik Nor Azelea binti Mohd Azahar yang menyampaikan penerangan berkaitan prinsip dan prosedur pengkatalogan berasaskan RDA (Resource Description and Access). Penekanan diberikan terhadap ketepatan deskripsi bibliografik serta keseragaman rekod perpustakaan.
Penganjuran bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan staf dalam mengaplikasikan standard RDA agar selaras dengan amalan profesional serta keperluan semasa dalam pengurusan maklumat dan perkhidmatan perpustakaan.
Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, sekali gus memperkukuh kualiti pengurusan rekod dan katalog perpustakaan UiTM.
Hebahan media sosial : media sosial
