Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Penulisan Proposal Geran Penyelidikan Perkasa Kemahiran Penyelidik UiTM Johor

Pasir Gudang, 5 Mac 2026 – Satu Bengkel Penulisan Proposal Geran Penyelidikan: Bank Proposal telah berjaya dianjurkan pada 4 hingga 5 Mac 2026 bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.

Program ini merupakan anjuran Unit Penyelidikan BPJIA dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik serta Perpustakaan Tun Dr Ismail. Bengkel berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan disertai oleh para pensyarah serta penyelidik yang berminat untuk meningkatkan kemahiran dalam penyediaan proposal geran penyelidikan yang berkualiti dan berdaya saing.

Antara penceramah dan fasilitator yang terlibat dalam bengkel ini ialah Dr Atiqah Hamizah Mohd Nordin, Dr Nur Idayu Alimon, Ir Dr Intan Suhada Azmi, Ir Ts Dr Diana Che Lat, Pn Norlina Mohd Zain, Ts Muhammad Imran Ismail, Ir Dr Mohd Jumain Jalil serta Dr Arbanah Muhammad. Mereka berkongsi pengalaman serta panduan praktikal dalam menghasilkan proposal yang berpotensi tinggi untuk mendapatkan pembiayaan geran.

Sepanjang program berlangsung, peserta turut berpeluang mengikuti sesi perbincangan, bimbingan secara langsung serta perkongsian pengalaman oleh para penyelidik berpengalaman bagi membantu meningkatkan kualiti cadangan penyelidikan yang dihasilkan.


Tags: ,