Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Accounting with Media

Arau, 16 Julai 2025 – Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis dengan kerjasama Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) telah menganjurkan program “Accounting with Media” yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di kampus UiTM Cawangan Perlis.
 
Antara pengisian utama adalah sesi perbincangan dan konsultansi dua hala bersama pihak media, yang telah dilaksanakan dengan kerjasama Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan. Sesi ini bukan sahaja membuka ruang dialog terbuka, malah turut memberikan pelbagai tips dan panduan bermanfaat daripada rakan media kepada para pensyarah.
 
Ucapan penghargaan ditujukan kepada pihak media atas perkongsian berharga tersebut. Sesi ini diharap menjadi pencetus kepada strategi baharu dalam memperkasa ketampakan Fakulti Perakaunan dan memartabatkan imej UiTM Cawangan Perlis di mata masyarakat serta dunia profesional.
 
Inisiatif ini mencerminkan kerjasama strategik antara fakulti dan perpustakaan dalam menyokong pembangunan profesionalisme pensyarah dan mendorong inovasi dalam pedagogi pengajian tinggi. Program seperti ini dilihat sebagai pemangkin kepada transformasi pengajaran yang lebih dinamik dan berorientasikan teknologi.

Tags: ,