Dewan Latehan RIDA telah menerima seorang pengetua sepenuh masa dan pasukan pertama sukarelawan dari luar negara yang dihantar oleh Asia Foundation iaitu Mr Donald Ross Liggett. Beliau berkhidmat  sebagai pengetua menggantikan Encik Basha Merican dari 1 Jun 1961 hingga 30 Mei 1963. 

Pada bulan Disember 1961 beliau telah mengadakan satu kursus baru iaitu General  Business Management bagi melatih pemuda-pemuda Melayu di dalam pengurusan syarikat. Kursus ini melayakkan penuntut-penuntut menduduki peperiksaan Institute of Business Management (London). Pengambilan pertama adalah pada bulan Januari 1962 seramai 13 orang.

Beliau berasal dari Palo Alto, California, dan  mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Monmouth College pada tahun 1943. Selepas tamat latihan tentera laut, beliau menyambung pelajaran di Stanford College dan mendapat Master of Arts (Degree in Psychology) pada tahun 1948. Beliau telah menerbitkan buku bertajuk “Small Industrial Development Organisation – a worldwide directory” pada tahun 1959. Beliau mempunyai pengalaman yang tinggi dalam bidang perniagaan dan perusahaan dan pernah berkhidmat di Stanford Reseach Institute, Amerika. Beliau juga pernah melawat 16 negara di Asia dan Afrika dalam tahun 1960. 

 

Rujukan

1. INDRARIDA- Okt1962/ms11

2. Documenting A Destiny (1956-2006)

3. Shaping a Dream (1956-1999)