Encik Basha Merican dilantik mentadbir Bahagian Latihan dan memangku tugas Pengetua Dewan Latehan RIDA menggantikan Encik Mohd Darus Taib yang tamat tempoh pada 31 Oktober 1959. Beliau memangku tugas Pengetua  Dewan Latehan RIDA pada 1 November 1959 sehingga 31 Mei 1961. Beliau dilantik kali kedua pemangku tugas Pengetua menggantikan Donald Ross Liggett yang tamat tempoh pada 31 Mei 1963. Beliau dilahirkan pada 2 Mei 1900 di Pulau Pinang. 

Mendapat pendidikan di Penang Free School. Kerjaya pertama beliau adalah sebagai seorang guru dari tahun 1923 hingga 1952. Beliau juga dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap pada tahun 1947 hingga 1948. Aktif di dalam politik dimana beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO di Pulau Pinang pada tahun 1953 hingga 1955. Beliau juga dilantik sebagai nazir sekolah Province Wellesley (Seberang Perai)  dan juga penasihat mahkamah juvana pada tahun 1953 hingga 1959. 

 

 

Rujukan

1. INDRARIDA / ms11

2. Laporan Tahunan RIDA 1959

3. Documenting A Destiny (1956-2006 )

4. Shaping a Dream  (1956-1999)