Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah merupakan Canselor ke-6 UiTM.
Pada 19 Mac 2019, Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor UiTM telah berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor UiTM berlangsung dengan penuh tertib dan gilang-gemilang.
Sumber:
1. Repositori Canselor UiTM
Sumber:
1. Repositori Canselor UiTM