13 November 2024 ( 11 Jamadilawal 1446H) - Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Watikah pemasyhuran ini tertakluk kepada Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) yang memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 19A (1) Akta berkenaan, Seri Paduka hendaklah mempengerusikan konvokesyen universiti itu. Turut hadir pada istiadat konvokesyen ialah Pro-Canselor UiTM DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Naib Canselor UiTM YBhg. Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin. Istiadat hari ini turut menyaksikan Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif.

Sumber:
1. Repositori Canselor UiTM