Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kapada Maktab MARA pada 5-7 Jun 1965, iaitu dalam satu Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah ekonomi rakyat negera ini. Di dalam Kongres inilah suatu usul telah dikemukakan supaya Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LKKP) yang lebih di kenali dengan RIDA di bubarkan dan di gantikan dengan Majlis Amanah Ra’ayat (MARA).
Usul tersebut berbunyi :
“Kongres menyokong hasrat Kerajaan Pusat hendak memperbaiki dan memperkukuhkan RIDA dengan cara menambahkan modal dan memperkemaskan lagi pentadbirannya. Kongres mencadangkan supaya nama RIDA itu di ganti dengan MARA atau Majlis Amanah Ra’ayat”.
Dalam ucapannya semasa penutup Kongres tersebut Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah menyatakan antara lain, “saya telah terangkan cadangan kerajaan hendak membubarkan RIDA itu hendak memberinya rupa, bentuk, nafas dan jiwa yang baharu dan pada hari ini, Kongres telah memberi Lembaga itu nama baharu iaitu MARA. MARA akan bertanggungjawab menolong dan menjalankan ikhtiar-ikhtiar untuk memperbaiki ekonomi Bumiputra.”
Menurut YAB Tun Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA.
MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab RIDA.
Kad pelajar Maktab MARA tahun 1966
Rujukan
1. MARA Secara Ringkas
2. Buku Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-83