
Kad jemputan untuk tetamu khas berusia 26 tahun koleksi Bahagian Arkib Universiti.Pada 26 Ogos 1999 di Stadium Melawati Shah Alam, disaksikan lebih 15,000 pelajar, staf dan alumni, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pengisytiharan bersejarah Institut Teknologi MARA bergelar Universiti Teknologi MARA. Memori yang akan dikenang sepanjang zaman dan amat bermakna.
Menjelang hampir tiga dekad ini, UiTM terus mengekalkan komitmen dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada bumiputera, selain memperkukuh kedudukannya sebagai pusat kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi bertaraf antarabangsa. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai adalah bukti bahawa UiTM bukan sekadar institusi pengajian, tetapi turut menjadi simbol kemajuan dan mobiliti sosial negara.
Ikuti sejarah bermakna ini di pautan artikel berikut :
- Sambutan 20 Tahun Pengisytiharan ITM Kepada Status Universiti
- Sambutan 25 Tahun UiTM Sebagai Sebuah Universiti (1999–2024)