
Naskhah ini berukuran 26 sentimeter tinggi, 19 sentimeter lebar dan mempunyai 104 muka surat serta 17 artikel mengumpulkan aspirasi, pendapat, kajian dan idea anak-anak muda. Menurut Encik Arshad bin Ayub, Pengarah ITM ketika itu menjelaskan, "Executive" boleh menjadi sebagai satu alat yang berguna untuk penyataan bagi membentuk idea-idea bagi keluaran kebangsaan. Idea-idea yang disumbangkan mestilah disokong bukan sahaja dari keyakinan yang kuat bahkan dari faktor-faktor dan perbahasan yang bernas.