Brosur ini merupakan keluaran lama daripada Institut Teknologi MARA ini. Brosur berukuran 29.8 sentimeter x 21 sentimeter ini memaparkan penawaran awal Program Sarjana Komunikasi Massa pada tahun 1997. Diterbitkan ketika institusi ini masih dikenali sebagai ITM, dengan tawaran bersama oleh The College of Communication, Ohio University.
Brosur ini mempromosikan pengajian pascasiswazah (Master) secara separuh masa iaitu selama dua tahun dengan dua pengkhususan utama iaitu Telecommunication dan Journalism. Di dalamnya turut menyatakan syarat kemasukan, iaitu penyerahan esei autobiografi, yang menekankan kesediaan calon menyumbang dalam dunia komunikasi. Kini, pengajian pascasiswazah dalam Komunikasi Massa menawarkan tiga pengkususan utama, iaitu Communication, Communication and Media Studies serta Information and Media Warfare Studies.
Koleksi berusia 28 tahun ini menyaksikan ITM melopori jurusan akademik dalam bidang sebaran am ketika itu. Ikuti lebih lanjut sejarah Fakulti ini di pautan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.