Persatuan Pentadbir Institut TeknoIogi MARA telah dilancarkan dengan rasminya pada 9 Jun 1990 bertempat di Auditorium 11 PSPP. Detik itu mencatat sejarah yang penuh makna kepada 703 orang pegawai tadbir pelbagai peringkat dari kumpulan A dan B dari kampus-kampus cawangan ITM selepas lebih 34 tahun ditubuhkan.
Tujuan penubuhan persatuan tersebut ialah :-
- Menyatukan dan mewujudkan perpaduan, persefahaman dan perhubungan baik di kalangan pentadbir di ITM.
- Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa mengenai perkara-perkara dan masalah-masalah semasa di ITM serta berusaha menyelesaikannya melalui perundingan.
- Untuk melahirkan pentadbir-pentadbir yang serba boleh serta berpengetahuan luas melalui pengedaran maklumat dan latihan kepada ahli-ahli.
- Mewujudkan perhubungan baik dan bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan dengan Persatuan-persatuan Pentadbir Universiti-universiti Tempatan melalui aktiviti sosial.
Dr. Syed Abd Kader Aljunid, yang mewakili Pengarah ITM, di dalam ucapan pelancarannya telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai kumpulan A dan B (bukan Akademik) khususnya kepada jawatankuasa pro tem kerana berjaya menubuhkan persatuan pentadbir.
Rujukan:
- (1990). SAUDARA. Institut Teknologi MARA