UiTM Kampus Machang pada hari ini.

Pembinaan kampus tetap UITM Cawangan Kelantan dimulakan 1993. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 200.32 hektar di Bukit Anjing, Machang untuk dijadikan kampus tetap. Nama asal Bukit Anjing telah dimartabatkan menjadi Bukit Ilmu sesuai dengan fungsinya yang menyediakan peluang pembelajaran dalam pelbagai disiplin ilmu untuk Bumiputera. lanya merupakan ilham dari Allahyarham Dato' Nik Abd. Rashid Nik Abd. Majid, bekas Pengarah ITM ketika itu Perpindahan rasmi ke Kampus Machang bermula pada 01 Januari 1996. UITM Cawangan Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai ITM telah dinaikkan taraf menjadi Universiti Teknologi MARA atau ringkasnya UITM pada 26 Ogos 1999. Kini UiTM Cawangan Kelantan sedang berkembang pesat bagi memenuhi keperluan menjadi Universiti terunggul di negeri Kelantan khususnya.

Dokumen Taklimat Institusi Teknologi MARA Kepada Y.A.B Datuk Haji Mohamed Bin Yaacob, Menteri Besar Kelantan pada 27 Februari 1985 sebanyak
52 halaman muka surat yang mengandungi maklumat awal perancangan penubuhan kampus Machang.
Sekitar pembinaan kampus tetap Machang.

Sekitar Lawatan Ke Tapak ITM Kelantan Sempena Mesyuarat Majlis ITM ke-145 pada 6 Ogos 1994 diketuai oleh Tan Sri Dato Wira Abdul Rahman Arshad.

Sejarah juga tercipta untuk kampus Machang apabila Perpustakaan UiTM Kampus Machang, Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1985 di kampus sementara Kem Kijang telah berpindah ke kampus tetap Bukit Ilmu bermula tahun 1996. Pada 15 Julai 2008, Perpustakaan UiTM Kelantan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan, Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV dan diberi penjenamaan semula dengan nama Perpustakaan Tengku Anis (PTA) bersempena nama Mantan KDYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Ibni al Marhum Tengku Abdul Hamid. Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kampus Machang memainkan peranan bagi menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyediakan berbagai jenis perkhidmatan, kepelbagaian koleksi, teknologi dan sumber maklumat terkini dan mantap.

Perpustakaan UiTM Kelantan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan, Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV dan diberi penjenamaan semula dengan nama Perpustakaan Tengku Anis (PTA) bersempena nama Mantan KDYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Ibni al Marhum Tengku Abdul Hamid.

Selami kisah sejarah penubuhan ITM Cawangan Kelantan, Barisan Peneraju yang telah mencorakkan arah tuju pendidikan, dan hayati perjalanan penuh inspirasi UiTM Cawangan Kota Bharu.yang terus menjadi mercu ilmu dan tradisi di Pantai Timur.

Sumber :

  • Bahagian Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.
  • Unit Arkib, Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan.