Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang merupakan kampus kedua bagi UiTM Cawangan Johor. Kampus ini mula beroperasi pada tahun 2014, menggantikan UiTM Cawangan Johor Kampus Bandaraya Johor Bahru. Ia dibangunkan di atas tanah seluas 200 ekar di Jalan Purnama, Bandar Seri Alam, Masai, Johor, di bawah perancangan Private Funding Initiative (PFI).
Sebelum itu, UiTM Cawangan Johor pernah membuka kampus keduanya di Menara Landmark, Johor Bahru pada tahun 1990. Kemudian, pada 2 Julai 2007, kampus tersebut berpindah ke Larkin dan dikenali sebagai UiTM Cawangan Johor Kampus Bandaraya Johor Bahru.
Majlis Pecah Tanah Kampus Pasir Gudang pada 17 Julai 2010 disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.
Pada 17 Julai 2010, satu upacara pecah tanah bagi pembinaan kampus baharu di Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia ketika itu. Kampus ini siap sepenuhnya pada 1 Mei 2014, dan operasi Kampus Bandaraya Johor Bahru dipindahkan ke Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang.
Pembinaan Kampus Pasir Gudang pada tahun 2010 - 2014.
Bagi fasa pertama pembinaan, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dibangunkan dengan keluasan sebanyak 76 ekar daripada keseluruhan 200 ekar tanah yang diperuntukkan.
Lawatan tapak dihadiri oleh pihak Konsesi, barisan Pentadbir dan wakil-wakil UiTM Kampus Pasir Gudang pada tahun 2014.Majlis Penyerahan Kampus Pasir Gudang kepada Profesor Dr. Haji Omar Samat, Rektor UiTM Cawangan Johor pada 3 Februari 2014.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyempurnakan majlis perasmian kampus baharu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor kampus Pasir Gudang pada 22 Oktober 2023. Jelas beliau dalam ucapannya, lokasi kampus yang berada di Bandaraya Pasir Gudang iaitu Bandar Industri dan Pelabuhan merupakan antara nadi utama perkembangan industri di negeri Johor perlu digunakan sebaik mungkin oleh warga bagi pembangunan professional dan akademik.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan majlis perasmian kampus baharu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor kampus Pasir Gudang pada 22 Oktober 2023.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang menjalankan tugas Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, YB Cik Norlizah Noh; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros; serta Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM yang menjalankan fungsi Naib Canselor, YBhg. Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman dan barisan Pengurusan Eksekutif UiTM.
Kampus Pasir Gudang telah mula beroperasi sejak 1 Mei 2014 berfokuskan kepada dua bidang akademik utama iaitu Kejuruteraan dan Pengurusan Perniagaan (Pengangkutan). Ikuti juga sejarah panjang di pautan ITM Cawangan Johor dan barisan peneraju UiTM Cawangan Johor.
Bangunan UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang terkini pada tahun 2024.