Pada 3 Jun 1994, Institut Teknologi MARA telah membina kampus cawangannya yang ke-11 di Negeri Kedah Darul Aman. Kampus ini terletak di atas tanah seluas 350 ekar di Mukim Bujang (diantara Pekan Semeling dan Pekan Merbok) iaitu kira-kira 14 kilometer dari bandar Sungai Petani yang dibangunkan hasil daripada kelulusan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6 berjumlah RM38.4 juta. Kampus ini mula dibuka pada 1 Oktober 1997 yang mampu memuatkan kapasiti pelajar seramai 7,000 orang dan telah telah dirasmikan oleh YB Dato’ Paduka Daim Zainuddin, Menteri Kewangan 1 dan Tugas-tugas Khas pada bulan November 1999.
ITM Cawangan Kedah telah memulakan pengambilan pertama pada sesi November 1997 dengan pengambilan seramai 162 orang pelajar yang mengikuti kursus Diploma Perakaunan (54 orang pelajar), Diploma Pentadbiran Awam (41 orang pelajar), Diploma Pengajian Perniagaan (33 orang pelajar) dan Diploma Pengajian Bank (34 orang pelajar).
ITM Cawangan Kedah memulakan operasi dengan kelengkapan sebanyak 13 buah bilik kuliah, 2 buah makmal komputer, sebuah blok pentadbiran, sebuah blok asrama dan dewan makan, sebuah perpustakaan (sementara), sebuah dewan mini dan kantin. Sebagai permulaan, ITM Cawangan Kedah dibantu seramai 25 orang staf perintis.
Sekitar pembinaan Kampus Merbok pada yang bermula pada 3 Jun 1994
Majlis Perasmian UiTM Cawangan Kedah Kampus Merbok pada November 1999 oleh YB Dato’ Paduka Daim Zainuddin disaksikan oleh Naib Canselor UiTM Pertama, Dato’ Prof. Ir. Haji Ahmad Zaidee Bin Laidin
Blok Pentadbiran UiTM Cawangan Kedah
Sumber :
- Melakar Peristiwa : Pengkisahan Sejarah Kampus-Kampus ITM – UiTM
- Laman Sesawang UiTM Cawangan Kedah