Jabatan Arkib Universiti (JAU) pertama kali ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pendaftar dan dikenali sebagai Unit Arkib. Fungsi dan peranan unit ini telah diperkemas dan diperkukuh bagi meningkatkan pengurusan rekod di ITM/UiTM mengikut keperluan semasa.
Pada 1 Jun 2015, Bahagian Arkib dan Muzium (BAM) yang ketika itu masih di bawah naungan Pejabat Pendaftar telah diserahkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) No. 06/2015 bertarikh 10 Jun 2015.
28 Mac 1980 | Lawatan dari ANM Lawatan dari Arkib Negara Malaysia ke ITM bagi mengenalpasti pengurusan rekod dan arkib. |
2 Januari 1982 | Penubuhan Unit Arkib Unit Arkib dutubuhkan di Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pendaftar selaras dengan Surat Pekeliling Am. 23/1972. |
1 Januari 1986 | Penubuhan Unit Rekod dan Arkib Penubuhan Unit Rekod dan Arkib di bawah pengurusan Pejabat Pendaftar. |
September 1997 | Lokasi Unit Rekod dan Arkib Perpindahan Unit Rekod dan Arkib di ruang Stor Pusat ITM Bangunan Dewan Seri Budiman. |
8 Mei 2000 | Penstrukturan Semula Penstrukturan semula UiTM melibatkan peranan dan fungsi Unit Rekod dan Arkib bagi penubuhan muzium. |
17 April 2003 | Perasmian Bahagian Arkib dan Muzium Perasmian penubuhan Bahagian Arkib dan Muzium oleh mantan Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah. |
1 Jun 2015 | Penerahan Bahagian Arkib ke PTAR Penyerahan Bahagian Arkib daripada Pejabat Pendaftar kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak melalui Mesyuarat JKE Bil. 6/2015. |
1 Mac 2016 | Jabatan Arkib Universiti Penjenamaan semula Bahagian Arkib kepada Jabatan Arkib Universiti melalui Mesyuarat MEU Bil. 5/2016. |
10 Mac 2016 | Penubuhan Arkib di Kampus Cawangan Penubuhan Unit Arkib di 13 Perpustakaan UiTM Cawangan melalui surat Pekeliling Ketua Pustakawan Bil. 1/2016. |
27 Oktober 2016 | Penyerahan Dewan Makan Kolej Kenanga kepada PTAR Penyerahan Dewan Makan Kolej Kenanga kepada Perpustakaan sebagai Pusat Rekod Universiti melalui Mesyuarat JPPFN Bil. 8/2016. |
15 Oktober 2018 | Perpindahan Jabatan Arkib Universiti di Dewan Makan Kolej Kenanga Perpindahan Jabatan Arkib Universiti di Dewan Makan Kolej Kenanga selepas projek naiktaraf dan mula beroperasi pada Disember 2018 |