Wasiat seorang bapa supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang telah berjaya ditunaikan oleh Mohd. Jamil Hussain, 22 tahun apabila beliau terpilih sebagai pemenang Pingat Emas dan Pelajar Terbaik Majlis Konvokesyen ITM pada 17 Oktober 1987 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Pingat Emas ini sumbangan daripada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia.

Mohd. Jamil yang berasal dari Permatang Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang adalah lulusan Diploma Teknologi Makanan, Kajian Sains Gunaan. Anak kesembilan daripada sebelas orang adik beradik ini telah menunjukkan kecemerlangan di sepanjang pengajian beliau dengan memperolehi senarai Dekan di setiap semester selama 3 tahun menuntut, di Institut ini.

Keaktifan dan sifat-sifat kepimpinan yang beliau ditunjukkan telah mendapat pengiktirafan sehingga beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai berberapa buah projek kursus yang beliau ikuti, menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Teknologi Makanan (PERTEMA), beberapa persatuan lain dan bergiat dalam aktiviti kesukanan.

Majlis Konvokesyen ITM 1987

Rujukan: 

(1987). Konvokesyen 1987: sidang pertama. Institut Teknologi MARA.

(1987, September). Jamil - pelajar terbaik ITM. Berita ITM. Institut Teknologi MARA.